Resepi Kari Pekat Ikan Merah



Sebaran :


Resepi Kari Pekat Ikan Merah

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:5 orang

Jom kita masak kari ikan cara org dulu yang kita belajar dari bonda tersayang. Kali ni kita gunakan Ikan Merah yang segar lagi sebab baru beli kat pasar.



Bahan-bahannya taklah banyak sangat, cuma cara dan teknik memasak kari tu yang menentukan sedap atau tak hasilnya nanti.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:



6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan untuk bancuhan rempah:

2 sudu besar (membukit) serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
air secukupnya



Bahan-bahan untuk lain:

1/2 mangkuk kecil minyak masak
3/4 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
2-3 sudu besar air asam jawa
1 ekor ikan merah
1 mangkuk santan cair
3 biji cili merah besar
1 mangkuk santan pekat
air, jika perlu
garam secukup rasa
12 batang bendi
2 biji tomato

Cara Penyediaan:



Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.

Masuk semua dalam lesung batu dan tumbuk kasar.

Sediakan bancuhan rempah, masukan rempah kari ikan, serbuk cili dan air secukupnya.



Potong bendi, cili merah dan tomato belah 4

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar tadi.

Masukan halba campur dan daun kari.



Kacau sampai bawang kekuningan dan sedikit garing.

Tuang bancuhan rempah kari.

Kacau sekata sehingga pecah minyak.
Tambahkan air.



Bila dah kering, masukan air pati asam jawa.

Masukkan ikan merah.

Masak selama 5 minit.

Kemudian masukan santan cair (santan perahan kedua).

Masukan cili merah dan masak dalam 10 minit.

Kemudian masukan santan pekat.

Jika kari pekat boleh tambah air.

Tambah sedikit air asam jawa.

Tambah garam.

Masukan bendi dan tomato.

Tips:

Gunakan kuali yang tebal, jika tidak rempah cepat hangus.

Basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir.

Santan pekat diletakkan lambat sebab takut kari pecah minyak dan kuah berketul- ketul.

Resepi Che Nom


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Resepi Ikan Bakar Dan Air Asam


Sebaran :


Leave a Reply