‘Perang’ Ketua Polis Negara vs Menteri KDN perlu penyelesaian segera!

PETALING JAYA: ‘Perang terbuka’ antara Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu diselesaikan segera bagi mengelak kesan lebih serius dan menambah keresahan dalam kalangan rakyat.

Apatah lagi isu berkenaan melibatkan imej dan integriti pasukan keselamatan negara.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Halim Ishak berkata, dibimbangi pendedahan Abdul Hamid dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan agenda peribadi mereka.

“Satu jawatan kuasa khas perlu diwujudkan di peringkat Bukit Aman dengan kuasa yang lebih mantap membabitkan Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adakah Hamzah dimaksudkan KPN guna jet peribadi?

“Isu ini perlu diselesaikan segera bagi menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Halim, beliau bersetuju sekiranya PDRM bebas daripada cengkaman politik dan sewajarnya menjadi institusi yang telus dalam menjalankan tugas menjaga kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta negara ini.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Datuk Hussin Awang Ngah berpandangan, isu itu perlu kembali kepada asas penubuhan PDRM yang berada di bawah kawalan seorang menteri.

“Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi jelas sebagaimana terkandung di dalam Akta Polis begitu juga dengan aku janji yang mana PDRM tetap akur kepada kerajaan yang memerintah.

“Jadi dalam konteks ini, jelas PDRM masih ada ‘BigBoss’ atau pihak atasan malah dalam perlembagaan dan undang-undang juga masih ada peringkat yang lebih besar.

“Jadi ketaatan kepada pemimpin adalah menjadi teras kepada semua anggota PDRM,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Akta Polis 1967: KPN tidak boleh bersara semasa darurat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker