Hebat! Selebriti Ini Pernah Menjadi Duta Produk Kecantikan Antarabangsa

Sebaran :

Menjadi duta sesebuah produk adalah salah satu tugas yang dikatakan agak mencabar. Dalam bidang perniagaan, duta adalah jurucakap atau wakil yang membawa nama syarikat perniagaan yang diwakili mereka.

Di Malaysia, terdapat ramai daripada kalangan selebriti yang berjaya mendapat kepercayaan oleh beberapa produk antrabangsa. Berikut adalah 5 selebriti Malaysia yang berjaya menjadi duta di peringkat antrabangsa.

Yuna – Pantene, Eropah

via Pinterest

Pada tahun 2018, produk penjagaan rambut antarabangsa terkenal, Pantene tampil dengan kempen terbaharu, #WanitaBesi yang menampilkan Yuna sebagai duta pertama yang berhijab di Malaysia.

Dalam kempen itu juga turut menampilkan Yuna serta dua personaliti terkenal Malaysia, Linora Low (personaliti kecergasan) dan Adeline Chin (penerjun kebangsaan).

Amy Mastura – KOSE, Jepun

via Sunshine Kelly

Amy Mastura pernah dilamar menjadi duta produk penjagaan kulit dari Jepun iaitu KOSE. Dengan pelantikan Amy sebagai duta KOSE, dia berjaya memecah tradisi sebagai wanita Melayu pertama yang diangkat sebagai duta produk itu yang sebelum ini disandang oleh pengacara, Xandaria Ooi selama setahun.

Erra Fazira – Estee Lauder, New York

via Youtube

Pada tahun 2012, Erra Fazira telah dilantik sebagai duta antarabangsa Estee Lauder. Walaupun ramai lagi artis muda yang boleh dikatakan menarik pada tahun itu, namun Estee Lauder Malaysia telah pun memilih artis senior, Erra Fazira sebagai duta terbaru mereka.

Neelofa – Lancome, Perancis

via TravellahMY

Selebriti popular Malaysia Neelofa pernah dilantik sebagai duta pertama Asia Tenggara bagi syarikat gergasi kosmetik Perancis, Lancome selepas tiga tahun mewakili jenama itu di Malaysia. Selain itu juga, Neelofa menjadi wanita berhijab pertama yang menjadi duta produk kecantikan tersebut.

Elfira Loy – Maybelline, New York

via Dewi Malaysia

Pada tahun 2012, jenama mekap No. 1 di dunia, Maybelline New York memilih aktres dan hos TV Nurul Elfira Loy sebagai jurucakap jenamanya yang terbaru di Malaysia! Elfira dipilih kerana sifatnya yang berkeyakinan dan ceria, serta kebolehannya yang versatil untuk menggayakan pelbagai rupa bagi Maybelline.

Jelas menunjukkan bahawa selebriti di Malaysia juga mampu menjadi duta jenama antrabangsa sekaligus dapat menaikkan lagi nama Malaysia di Mata dunia.-Murai

Selebriti Ini Pilih Anggota Polis Sebagai Pasangan Hidup


Sebaran :

Leave a Reply