Banjir kilat di Hospital Kajang, 3 pesakit Covid-19 dipindahkan



Sebaran :


Kajang: Tiga pesakit Covid-19 terpaksa dipindahkan sementara oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berikutan berlaku banjir kilat di wad Covid-19 Hospital Kajang di sini, malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada 9.50 malam.

“Seorang pegawai bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang ke lokasi kejadian bagi bantuan menutup bekalan elektrik di dalam wad pesakit Covid-19 akibat banjir kilat.



“Tiga pesakit yang menggunakan alat bantuan pernafasan di dalam wad berkenaan dipindahkan sementara kerja mengalirkan takungan air ke tempat lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan beberapa minit kemudian dan pesakit diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. HM

[VIDEO] Kuala Lumpur tenggelam dalam banjir kilat


Sebaran :


Leave a Reply