‘Kurma sedekah, duit raya tauke judi rasuah’



Sebaran :


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mengingatkan pegawai dan anggota polis di negeri itu supaya tidak meminta atau menerima duit raya bagi mengelak berdepan tindakan tegas.

“Kalau ada aduan, saya akan ambil tindakan. Tiada istilah duit raya, yang tadi ditanya itu kurma, kurma bagi saya itu biasa.

“Tapi kalau duit raya lain. Kalau tauke judi bagi duit raya bukannya RM1,000 tapi kadang-kadang sampai RM10,000. Kalau ada maklumat saya akan ambil tindakan.



“Yang mana ambil rasuah, saya sudah dan akan ambil tindakan siasat, tiada tolak ansur,” katanya pada sidang media pada majlis ‘INTAN Executive Lecture Series: Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran’ di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, pemberian kurma yang kerap diamalkan umat Islam pada Ramadan tidak dianggap rasuah kerana lebih berupa hadiah kepada seseorang.

Katanya, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot, turut menggunakan istilah hadiah bagi mereka yang berkemampuan.



“Setakat kurma takkan nak kata rasuah, kalau durian Musang King mungkin mungkin dianggap rasuah sebab harganya mahal.

“Takkanlah kita nak kategorikan pemberian kurma sebagai rasuah terutama bulan puasa ini, banyak sedekah makanan dapat pahala banyak,” katanya. BH

[VIDEO] Ya Allah. Satu Lagi Video Iklan Judi Raya Muncul. Cuma Kali Ini Patuh Syariah Katanya Tapi Perli Siapa Tu..??


Sebaran :


Leave a Reply