2,000 pemegang taruh beri pandangan mengenai pemansuhan UPSR – Radzi

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah selaras dengan transformasi pendidikan negara.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Jidin berkata perbincangan untuk memansuhkan peperiksaan berkenaan sudah dibuat sejak 2010 lagi.

Jelasnya pemansuhan berkenaan dibuat selepas mengambil kira semua pemegang taruh melalui pelbagai sesi libat urus yang membabitkan hampir 2,000 peserta.



“Ini merupakan satu keputusan besar yang kita buat selepas mengkaji. Ini merupakan satu transformasi pendidikan negara,” kata beliau menerusi temubual di sebuah stesen swasta pada Khamis.

Jelasnya pada tahun lalu, seramai 100,000 orang murid menduduki ujian itu bagi kemasukan sesi 2021.

Mohd Radzi pada Rabu mengumumkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan UPSR sepenuhnya mulai tahun ini manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini.

Polis nafi video tular lelaki dipukul ada kaitan kes Ganapathy



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker