Wanita kemurungan cuba bunuh diri berhampiran stesen minyak

JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang mengalami kemurungan cuba bunuh diri dengan membakar diri berhampiran stesen minyak kawasan Taman Teratai, Kangkar Pulai, di sini, pada Selasa lalu.

Ketua Balai Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata menurut saksi kejadian iaitu pekerja stesen minyak berkenaan, wanita berusia 30-an itu telah membeli minyak petrol pada harga RM5.

Wanita kemurungan cuba bunuh diri berhampiran stesen minyak

“Saksi kemudian telah berusaha memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api yang sedia ada di stesen minyak tersebut.

“Wanita tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dalam keadaan tenat.

“Hasil pemeriksaan dapati pesakit ini mengalami lecuran di sebahagian muka, bahagian dada, perut hingga ke paras pinggang, bahagian belakang badan juga melecur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dzulkhairi, berdasarkan keterangan ibu mangsa, bahawa mangsa pernah mendapatkan rawatan di hospital sejak November tahun lalu kerana masalah kemurungan.

“Mangsa dimaklumkan tinggal seorang diri sejak ibu dan bapa mangsa bekerja di Singapura.

“Mangsa kini akan dipindahkan ke wad biasa untuk rawatan susulan,” katanya.-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker