Bumbung laluan pejalan kaki roboh dibadai ribut, hempap 15 kenderaan


IPOH: Sebanyak 15 kereta dilaporkan rosak akibat dihempap bumbung laluan pejalan kaki yang roboh dalam kejadian ribut di kawasan parkir, Jabatan Pesakit Luar Hospital Teluk Intan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada 4.20 petang itu.

“Kejadian itu menyebabkan kerosakan seperti pecah cermin hadapan kereta serta kesan kemek di bahagian bonet beberapa kereta berkenaan.

“Bumbung sepanjang 30m telah roboh dilanda ribut kencang ketika hujan lebat. Pihak Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beberapa gambar menunjukkan runtuhan bumbung yang menghempap kenderaan yang diparkir di tempat kejadian juga tular di laman sosial. FMT

Penghantar makanan maut dihempap dahan pokok ketika ribut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker