‘El Risitas’, Lelaki Di Sebalik Meme Popular Meninggal Dunia – BBC

PELAWAK kelahiran Sepanyol, Juan Joya Borja atau lebih dikenali sebagai Él Risitas’ meninggal dunia pada tengah hari Rabu.

Mendiang yang terkenal dalam paparan meme di laman sosial disahkan meninggal dunia di Virgen de Rocío University Hospital, Seville, Sepanyol setelah keadaan kesihatannya semakin merosot.

Punca kematian sebenar bagaimapun tidak didedahkan.



Menurut laporan BBC, Borja telah dimasukkan ke hospital sejak September tahun lalu kerana menghadapi masalah kesihatan.

Dia yang dikenali sebagai ‘Spanish laughing guy’ viral sejak penampilannya dalam program lewat malam Ratones Coloraos pada 2014, apabila wajah ikonik lucunya dijadikan meme oleh pengguna media sosial seluruh dunia.

Dalam program tersebut, Borja berjenaka apabila ditanya oleh pengacara berkenaan nasib buruknya bekerja sebagai pembantu dapur.

Kedua-dua mereka dilihat tidak dapat menahan ketawa lantas membuatkan peminat menggunakan wajahnya sebagai meme, termasuk melakukan parodi.

Pada Mac lalu, Borja berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana telah menganjurkan kempen mengumpul dana untuk membeli skuter elektrik setelah salah satu kakinya terpaksa dipotong akibat komplikasi kesihatan.



https://www.youtube.com/watch?v=wrqnVx6I4fs

Sumber: BBC 

Maradona Meninggal, Penyanyi Madonna Jadi Trending Bila Ada Netizen Ucap RIP Kepadanya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker