Miss Universe Malaysia 2020 Tampilkan ‘Kampungku’, Indonesia Pula ‘Si Komodo’!
Semalam, rakyat Malaysia telah dipertontonkan mengenai pakaian kebangsaan ‘national costume’ yang akan diperagakan Miss Universe 2020, Francisca Luhong James ke peringkat dunia pada Mei depan.
Fran Bawa Imej Malaysia Di Mata Dunia
Menariknya mengenai kostum ini, Francisca atau lebih mesra disapa sebagai Fran menggayakan tema ‘Kampungku’ yang mana dunia bakal melihat dua dimensi kampung Malaysia pada gaya yang cukup unik. Rata-rata menyifatkan kostum rekaan Carven Ong itu bakal membanggakan Malaysia pada pertandingan ratu cantik itu kelak.
Indonesia Pertaruhkan Si Komodo
Dalam perkembangan berkaitan, Miss Universe Indonesia telah memperkenalkan terlebih dahulu ‘national costume mereka’ pada minggu lalu.
Diwakili oleh Ayuma atau nama sebenarnya Ayu Maulida, pada tahun ini Indonesia mempertaruhkan haiwan ikonik mereka, biawak Komodo sebagai tema bagi kostum tersebut. Memetik laporan Liputan6, kostum tersebut memiliki perincian berwarna hitam, putih, dan merah di bahagian leher serta aksesori kepala berbentuk Komodo. Pakaian tersebut juga dibuat menyerupai kulit Komodo selain memiliki belahan tinggi di bahagian depan.
Seberat 20 Kilogram
Menyerlahkan lagi kostum itu, turut hadir bersama adalah ciri robotik yang dilihat pada lampu merah yang berkedip dan berkilauan di sekitar bahu.
Bagaimanapun, jumlah berat kostum ini hanya seberat 20 kilogram berbanding Fran yang akan memakai kostum unik ciri Malaysia seberat 45 kilogram!-Murai
You must be logged in to post a comment.