PAS ‘import’ Mahathir untuk tarik sokongan kepada PN

Membuat kemunculan pertama di pentas PN, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad malam ini menyeru pengundi agar memberi kemenangan kepada gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos nanti.

Bercakap di depan ribuan hadirin di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Mahathir berkata PN perlu menyapu bersih dan menang di keenam-enam negeri terbabit.

“Kita akan ada PRN, ada enam buah negeri akan ada PRN.

“Saya harap dapat sapu bersih. Kita semua orang Mlelayu, ramai yang berkata orang Melayu berpecah dan tak mungkin bersatu, tapi malam ini dapat lihat pemimpin part-parti Melayu berkumpul di sini kerana nak memperjuangkan nasib dan masa depan negara.

“Tidak mudah kita nak serahkan kepada orang lain kerana kita juga ada kebolehan untuk mentadbir. Suatu masa dulu kita digelar ‘harimau Asia’, hari ini sudah jadi ‘kakistokrasi’,” katanya yang menyifatkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai kerajaan kakistokrasi.

Turut hadir pada program Malam Munajat Pakat Pertahan PAS Kelantan itu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan PN peringkat pusat dan negeri.

Sementara itu Mahathir berkata, dia sangat berharap orang Melayu akan keluar mengundi seramai yang mungkin bagi memberikan kemenangan buat PN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Katanya ada sesetengah orang Melayu kini enggan keluar mengundi kerana bosan dengan percaturan politik tetapi ia perlu diatasi bagi mengelak parti lawan memenangi PRN yang dianggapnya sebagai “tidak layak” menjadi kerajaan.

“Jika kita tidak keluar, ia seperti kita memberi undi kepada mereka yang tidak layak untuk mendapat kemenangan dan mendirikan kerajaan,” katanya.

Dalam ucapan itu bekas ahli parlimen Langkawi tersebut turut menyatakan kegembiraan kerana berpeluang datang ke Kelantan dan menyaksikan pembangunan hebat di negeri itu, termasuk adanya bangunan “pencakar langit.”

“Saya bersyukur dapat bersama dan berada di stadium malam ini yang menunjukkan bahawa kita orang Melayu masih mempunyai kekuatan.

“Saya juga gembira kerana hari ini saya dapat datang ke Kelantan dan amat gembira kerana dapat menziarah tempat Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz (Nik Mat) dan keluarganya.

“Tokoh sudah mencipta perjuangan parti PAS dan perjuangan kebangsaan orang Melayu di negara kita ini.

“Saya amat gembira dapat ke Kelantan dapat lihat pembangunan di Kelantan. Bangunan pencakar langit pun sudah ada di Kota Bharu,” kata Mahathir.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker