[VIDEO] Akhirnya “Kancil Lejen” DiTahan Polis..Membahayakan Pengguna Jalan Raya,
Kereta Perodua ‘Kancil lejen’ yang tular di media sosial kerana keadaan fizikal kereta itu yang agak membimbangkan akhirnya ditahan polis untuk pemeriksaan di Kepong, dekat sini, awal pagi ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, pemandu Kancil itu merupakan seorang lelaki berusia 47 tahun, beralamat di Jalan Raub, Pahang.
VIDEO DIBAWAH:-
“Pemandunya turut menunjukkan sebuah lagi kereta Kancil berwarna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran serta pecah cermin di bahagian pintu belakang sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkefly berkata, kedua-dua kereta Kancil itu tidak layak berada di atas jalan raya dan boleh membahayakan pengguna yang lain.
“Kedua-dua kenderaan itu ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Baru-baru ini, tular di media sosial kenderaan tersebut dilihat berada di atas jalan sekitar Kepong.
Ketika itu, Kancil lejen yang dicat warna hijau-kuning ala Lotus Racing berkenaan sudahpun ditunda oleh pihak berkuasa atas sebab keadaannya yang uzur tidak sesuai dipandu di jalan raya dan mendatangkan risiko kepada pemandu serta pengguna jalan raya lain.
Kancil ‘lejen’ kembali, #kancilghost mula tular di laman TikTok