Kancil ‘lejen’ kembali, #kancilghost mula tular di laman TikTok


SEBELUM ini kecoh di media sosial mengenai sebuah kereta kancil yang sudah “nazak” tetapi masih gah berlegar di atas jalan raya serta mampu bergerak ke sana ke sini.

Kini, kereta kancil usang tersebut kembali tular dan menjadi perhatian apabila ia kelihatan berlegar di beberapa kawasan di ibu kota sejak beberapa minggu lalu.

Video kancil “lejen” atau #kancilghost itu juga banyak terhidang di laman TikTok di mana ia menimbulkan pelbagai reaksi warganet dan majoriti daripada mereka berasa kasihan terhadap pemandu kenderaan itu.

Rata-rata mereka yang memuat naik video tersebut sudah beberapa kali terlihat kancil usang itu di sekitar Kuala Lumpur.



Tidak ketinggalan Mohd Fahmi, 29, yang memuat naik video kancil itu secara suka-suka di akaun TikTok miliknya apabila ternampak kereta itu lalu di hadapannya semasa menghala ke Bukit Bintang empat hari lalu.

“Banyak kali dah jumpa kereta tu tapi kali ni saya dapat rekod masa menghala ke Bukit Bintang sebab bukan saya yang drive masa tu,” katanya.

Fahmi berkata pihak kerajaan seharusnya membantu pemandu tersebut seperti memberi rawatan untuk masalah mental yang dialaminya.

“Kerajaan patut bantu la sebab dia duduk kat kawasan yang terbuka, bukan bawah jambatan,” tambahnya lagi.



Berbeza pula dengan Nur Syazwanie, 29, yang memuat naik video kancil yang dirakamnya itu pada tahun lepas apabila mengetahui isu kancil itu kembali tular.

“Video tu tahun lepas tapi saya share balik video tu sebab tengok ramai orang ‘upload’ video dia kat TikTok tapi saya selalu nampak kereta tu dulu kat area Selayang, Rawang dengan Gombak.

“Dalam video tu masa jumpa dia kat Jalan Kuching, “steady” hisap rokok tapi bila tengok kereta tu pelik la sebab kereta dah macam tu tapi still boleh jalan lagi,” jelasnya kepada Utusan TV.

Sebuah lagi video yang dikongsikan di TikTok oleh Grannil Ding Simon, 28, atau lebih dikenali sebagai Gurkhali Macha telah mendapat lebih 3 juta tontonan dengan kapsyen “when the rich gets richer, and the poor gets poorer. As long as it takes you from point A to point B”.



“Kapsyen simple macam lirik-lirik dalam semua lagu saya, yang kaya akan selalu kaya, akan selalu pikir cam mana nak ‘double the money’ dan yang miskin pulak sering kali akan cuba untuk mencari ‘solution’.”

Video yang dimuat naik itu diambil oleh adik saudaranya, Saravanan, 23, pada 19 April lalu di Jalan Ipoh Batu 3.

“Of course rasa kesian, of course rasa cam nak tolong tapi bila offer was given, dia refuse so, when that happened, I rasa cam what did we do wrong ? What can we do as a Malaysian to help not only him but others with Similar fate,” ujarnya lagi.

Ramai warganet yang mendoakan agar pemandu kancil tersebut dipermudahkan segala urusan dan tidak kurang juga yang berhasrat untuk membelikan sebuah kereta yang baharu untuknya. Utv



Kereta terjunam dalam sungai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker