Lima nelayan asing ceroboh perairan Malaysia ditahan

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah bot nelayan tradisional disyaki dari Indonesia, kira-kira 13 batu nautika barat daya Pulau Buloh, dekat sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan berkenaan dilakukan kita-kira jam 1 oleh bot ronda selepas mengesan satu kontek curiga semasa rondaan bersepadu Op Benteng dan Op Pintas yang dijalankan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu dikendalikan lima kru warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, berumur antara 19 hingga 35 tahun bersama hasil laut dianggarkan 50 kilogram.



“Ketika ditahan, bot tanpa nombor pendaftaran itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Buloh dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu tiada kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

”Anak saya terima ugutan rogol” – Bapa pelajar dedah lawak rogol guru

Shahrizan berkata, kru dan tekong telah ditahan bersama 50 kilogram ikan campur dan dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu untuk tindakan lanjut.



Menurut beliau, penahanan itu membuktikan komitmen dan kepekaan Maritim Malaysia terhadap setiap maklumat serta aduan daripada komuniti nelayan berkaitan salah laku serta pencerobohan perairan.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat lengkap melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Perak 05 – 683 8737.

Lima ‘Superman’ ditahan Polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker