Lima ‘Superman’ ditahan Polis

PETALING JAYA: Lima mat rempit termasuk dua daripanya merupakan pelajar sekolah antara yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini, awal pagi tadi.

Dalam operasi bermula 1 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melihat lima penunggang melakukan aksi ‘Superman’ dan ‘roket’ serta bersaing sesama mereka.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis melakukan risikan sebelum berjaya menahan kesemua suspek terbabit.

“Kesemua penunggang motosikal berusia 15 hingga 19 tahun itu didapati menunggang dan secara berbahaya dan mempamerkan aksi Superman, zig zag dan roket.

“Pemeriksaan mendapati empat daripadanya tidak mempunyai lesen memandu. Malah dua orang adalah pelajar tingkatan tiga dan seorang pelajar sebuah kolej komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zulkefly, semua individu berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. -UTUSAN

Pelajar dakwa guru persendakan rogol dalam kelas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker