Janna Nick Tidak Perlu Berehat Jika Sihat – Penerbit Melodi



Sebaran :

“Selepas Janna Nick muat naik video dia menangis, beberapa hari selepas itu dia ada minta cuti sehari pada minggu itu. Kemudian, pada minggu berikutnya (minggu lalu) dia datang seperti biasa. Dia hanya cakap dia pergi jumpa doktor.

“Jadi kami pihak Melodi akan bersiaran seperti biasa dan mengikut kesesuaian dia. Kalau dia okay, kita akan teruskan. Tidaklah sampai nak rehatkan dia. Namun, jika dia perlukan rehat, dia akan maklumkan kepada kami.

“Buat masa sekarang kami tidak ada perancangan untuk rehatkan dia,” demikian kata penerbit program Melodi, Noradillah Abdullah yang tidak merancang untuk merehatkan pengacara program itu, Janna Nick yang mendedahkan dirinya mengalami gangguan bipolar (bipolar disoder), kelmarin.



Noradillah atau dikenali sebagai Adeed berkata, Melodi akan terus bersiaran seperti biasa. Menurut Adeed, ketika bersiaran minggu lalu, Janna okay dan tidak memberi kesan kepada penerbitan program itu.

“Minggu lalu dia okay. Tak mengganggu apa-apa perjalanan program pun. Sama seperti biasa, dia seorang yang menepati masa, disiplin bagus dan sentiasa berikan komitmen yang baik. Tidak nampak apa yang berubah dari segi itu,” ujarnya.

Terdahulu, Janna membuat pendedahan dia mengalami masalah gangguan bipolar selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun. Janna menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak seminggu lalu.



 

Biodata, Profail Dan Latar Belakang Janna Nick


Sebaran :


Leave a Reply