Biodata, Profail Dan Latar Belakang Janna Nick

Berikut adalah Biodata, Profail Dan Latar Belakang Janna Nick dikemaskini pada 22 Apr 2021. Nurul Jannah binti Munir (dilahirkan pada 1 Jun 1995) atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon, pengacara, dan penyanyi wanita Malaysia

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012) dan mula dikenali secara meluas menerusi peranan sebagai Nur Jannah dalam siri drama waktu perdana yang diiktiraf secara kritis, Syurga Nur (2015) bersama Azrel Ismail dan Amar Asyraf, dan meraih pengiktirafan meluas menerusi watak utama sebagai Iman Firdaus dalam siri drama, Kau Aku Kita (2015) bersama Saharul Ridzwan yang mana beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016. Selepas Kau Aku Kita tamat, beliau membintangi drama Anakku Diva sebagai Melati dan Suami Tanpa Cinta sebagai Ain Syifa.

Janna membuat penampilan teater pertama menerusi pementasan teater Zombie La La La yang dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 21 Februari 2016, yang mana beliau memegang peranan sebagai Me Mang Nak. Beliau memulakan kerjaya muziknya[4] dengan melancarkan single pertama yang bertajuk “Mungkin Saja” pada 23 Januari 2016 yang menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang muzik. Pada Mei 2016, beliau dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi portal pendidikan FullAMark yang dimiliki oleh The New Straits Times Press dan juga dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi produk kecantikan Fantasi Colour Cosmetic (FCC). Beliau beralih kepada peranan yang lebih kedewasaan menerusi drama waktu perdana di Slot Akasia TV3 Biar Aku Jadi Penunggu bersama Ashraf Muslim Janna membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Kimchi Untuk Awak (2017) memegang watak antagonis bernama Zara serta drama bertajuk Dia untuk siaran di Slot Akasia TV3.

Janna telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjaya lakonannya termasuk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 bagi Aktres Pilihan dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 bagi Artis Baharu Wanita Paling Popular. Pada Februari 2017, beliau menyertai LOL Entertainment bagi menguruskan kerjaya seninya.

Janna Nick dan Dini Schatzmann nikah di Pulau Langkawi

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nurul Jannah binti Munir.

2. Lahir pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Berumur 24 tahun (2019).

3. Berketinggian 1.65 meter.

4. Anak kedua daripada empat adik-beradik. Abangnya, Mohamad Firdaus, manakala dua adik perempuannya ialah Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea.

5. Sepupunya, Adam Lee juga merupakan pelakon.

6. Berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai.

7. Sewaktu kecil, beliau pernah tinggal di Amsterdam, Belanda selama tiga tahun.

8. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur.

9. Memulakan karier seni di usia sekitar 5 hingga 7 tahun sebagai model iklan komersial dan video korporat.

10. Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota.

11. Sewaktu zaman persekolahannya, beliau aktif dalam pasukan sorak serta gemar memasuki pertandingan nyanyian.

12. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

13. Pernah ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis, namun menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan yang diceburi.

14. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

15. Merupakan pelakon, model, penyanyi dan pengacara.

16. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Cinta Vlog, membawa peranan sebagai Risa, watak pembantu di sisi teraju utama, Aliff Aziz dan Wawa Zainal.

17. Pernah membintangi filem Kimchi Untuk Awak dan Kerja Kahwin. Juga telefilem, antaranya Sayang Suria, Mek Kelate, Tangisan Izara, Di Pintu Syurga, Trauma dan Enam.

18. Termasuk drama Jodoh, Kasih Berbisik, Syurga Nur, Kau Aku Kita, Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.), Biar Aku Jadi Penunggu, My Coffee Prince, Isteri Untuk Diiktiraf dan banyak lagi. Tidak ketinggalan teater Zombie La La La.

19. Pemegang trofi Aktres Pilihan (drama Kau Aku Kita) dan Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016, Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, Pelakon Wanita Sensasi di Anugerah Telenovela 2017 dan Aktres Pilihan (drama Biar Aku Jadi Penunggu) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018.

20. Sebagai penyanyi, beliau memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.

21. Pernah merakamkan single Mungkin Saja (OST Suami Tanpa Cinta) dan Akan Bercinta (OST My Coffee Prince).

Kelahiran
Nurul Jannah binti Munir

1 Jun 1995 (umur 25)

Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikan Maktab Rendah Sains MARA PendangSekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit NanasSekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
Pekerjaan Pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah filem
Tahun aktif 2012–kini
Ejen LOL Entertainment (2017-kini)
Ketinggian 5 ft 5 in (1.65 m)
Saudara Muhammad Firdaus Muner (abang)

Nurul Balqish Muner (adik)

Nur Iris Rose Sofea Muner (adik)

Adam Lee (sepupu)

Kerjaya muzik
Genre Pop, R&B
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2016–kini
Syarikat rakaman

Foto

 

Janna Nick dedahkan hidap bipolar, dua kali cuba bunuh diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker