Ketua, ahli ‘Geng 18 Dato Suresh’, ‘Geng 21 Sunder’ ditahan


PETALING JAYA: Seramai 22 lelaki yang terdiri daripada ketua serta ahli kumpulan kongsi gelap “Geng 18 Dato’ Suresh” dan “Geng 21 Sunder” ditahan polis kelmarin.

Kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed, semua mereka ditahan dalam operasi khas, “Op Cantas Sinecura”, yang dilancarkan kelmarin bagi membanteras dua kumpulan kongsi gelap berkenaan.

“Semua 22 lelaki berjaya ditangkap di sekitar Puchong, Serdang, Kapar dan Klang, Selangor terdiri daripada 12 (ketua dan ahli kumpulan) Geng 18 Dato’ Suresh, manakala 10 (ketua dan ahli kumpulan) Geng 21 Sunder berumur dalam lingkungan 35 hingga 48 tahun,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Huzir berkata, hasil siasatan mendapati semua suspek mempunyai satu hingga sembilan rekod kesalahan jenayah lampau.



Majoriti suspek mempunyai tiga hingga lima rekod kesalahan lampau, antaranya melibatkan mendatangkan kecederaan, gaduh gempar, samun dan dadah.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” kata beliau.

Menurut Huzir, operasi dijalankan susulan video satu kejadian pada 25 Nov tahun lalu yang tular menunjukkan sekumpulan lelaki dari “Geng 18 Dato’ Suresh” merusuh dan mencederakan mangsa di sebuah pusat hiburan di Brickfields, Kuala Lumpur.

Tambahnya, seorang anggota polis yang secara kebetulan menjalankan tugas risikan di pusat hiburan berkenaan dikepung, ditengking dan dipukul oleh kumpulan tersebut.



“Dalam kejadian lain yang berlaku di Kapar pada 21 Jan 2020, sekumpulan lelaki iaitu ‘Geng 21 Sunder’ bersenjatakan parang, kayu dan besi telah menyerang seorang mangsa hingga mendatangkan kecederaan yang serius.

“Polis turut mengesan beberapa klip video menunjukkan tindakan ganas serta agresif kumpulan berkenaan,” kata beliau.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati terdapat 10 laporan polis sudah dibuat berhubung kumpulan tersebut. FMT

[VIDEO] Kumpulan Ahli Geng 18 disyaki peras ugut wanita, cederakan polis direman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker