Ugut sembelih nenek jika tidak beri wang, cucu ditahan


Seorang lelaki berusia 23 tahun yang tergamak mengugut untuk menyembelih neneknya dalam kejadian di Kampung Batu 16, Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor ditahan polis tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata, ketika kejadian, wanita berusia 75 tahun itu didatangi suspek dalam keadaan marah kerana gagal mendapatkan wang sambil mengacukan sebilah pisau kira-kira 6 petang semalam.

“Pengadu mendakwa suspek memaklumkan akan menyembelihnya jika tidak memberikan wang.

“Pengadu yang ketakutan melarikan diri ke rumah jiran meminta pertolongan,” kata beliau seperti dipetik Berita Harian.

Sohaimi berkata, jirannya itu kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan susulan itu, polis menahan suspek kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

Sebilah pisau berukuran 24cm turut dirampas.

Kata Sohaimi, tujuan suspek meminta wang daripada warga emas berkenaan masih dalam siasatan, manakala semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod jenayah dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula 23 sehingga 26 April ini bagi siasatan lanjut,” kata beliau.

Cucu bunuh nenek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker