4 pegawai Kastam dituduh lepaskan dua kontena berisi rokok


JOHOR BAHRU – Empat Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan secara bersama melepaskan dua kontena berisi rokok, November tahun lalu.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Wan Mohd. Nor Hisham Wan Yaakob dan Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail selepas pertuduhan dibacakan di dua kamar berasingan.

Mereka yang dituduh ialah Muhammad Faizulhidi Abd. Manan, 33; Nazril Md. Yusoof, 41; Mohd. Zaufan Mohd. Yusof, 42, dan Muhammmad Najib Mohd. Roby, 34.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan bagi mencapai niat bersama iaitu telah menyebabkan untuk membebaskan barangan dagangan yang berupa rokok di dalam dua buah kontena yang telah disita dengan sempurnanya.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mereka di Pelabuhan Pasir Gudang, Mukim Plentong, Johor Bahru antara pukul 2.41 pagi hingga 6.30 petang pada 18 November 2020.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 136(B) Akta Kastam 1967. K Online

Kartel rokok seludup sebenarnya lebih besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker