Biodata, Profail Dan Latar Belakang Aina Abdul

Berikut adalah Biodata, Profail Dan Latar Belakang Aina Abdul di kemaskini pada 22 Apr 2021. Nurul Aina Abdul Ghani (lahir 25 Oktober 1993, merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Mentor Legend sebagai anak didik penyanyi rock Ella di mana beliau dinobatkan sebagai naib juara. Beliau merakamkan single sulungnya, “Ini Yang Kau Mahu” pada 2015.

Aina Abdul dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau ialah anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Zaini Abdullah dan Abdul Ghani Abdullah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Senawang, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri. Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aina kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti UCSI, Kuala Lumpur.

Bapanya meninggal dunia pada 2008 akibat pelbagai masalah kesihatan, ketika Aina baru berusia 15 tahun. Dalam temubual bersama Sinar Harian pada April 2021, Aina menyifatkan kehilangan bapanya membuatnya lebih tabah menghadapi cabaran, dan berkata: “Kehilangan abah membuatkan saya menjadi wanita tabah dan berani berdepan apa sahaja cabaran. Lagipun perjuangan saya dalam industri seni adalah dedikasi buatnya”.

 

Aina Abdul
Nama lahir Nurul Aina binti Abdul Ghani
Kelahiran 25 Oktober 1993 (umur 27)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Genre
  • Pop
  • balada
  • R&B
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
  • pelakon
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2010–kini
Syarikat rakaman
  • Indigital
  • Mekar Jaya Enterprise
Pengkarya berkait
  • Sandra Dianne
  • Sarah Fazny
  • Khai Bahar

FOTO

 

VIDEO

Biodata, Profail Dan Latar Belakang Janna Nick

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker