Penyelia asrama direman, makanan pelajar pun ada nak menipu


PEMBEKALAN makanan bermasak untuk pelajar yang meragukan.

Ini merujuk kontrak pembekalan bagi tahun 2015, 2018 dan 2020 dengan jumlah tuntutan hampir RM20 juta.

Siasatan mendapati suspek bersubahat dengan beberapa kontraktor dengan membuat tuntutan palsu.

Ia membawa kepada penahanan seorang penyelia asrama sekolah di Kota Tinggi Johor malam tadi.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek merupakan seorang wanita berusia 40 tahun.

Dia kini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan tersebut.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Izzaty Mohammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan SPRM Johor, pagi tadi.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek bersubahat dengan beberapa syarikat kontraktor dengan membuat tuntutan berhubung kontrak pembekalan makanan bermasak untuk pelajar.

“Ia adalah kontrak pembekalan bagi tahun 2015, 2018 dan 2020 dengan jumlah tuntutan hampir RM20 juta yang mana pembekalan makanan berkenaan yang meragukan,” kata SPRM dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Kartel projek, SPRM dakwa ketua jabatan tutup mata

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias mengesahkan permohonan reman berkenaan susulan penangkapan suspek.

“Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara maksimun 20 tahun,” katanya.
Utv

Siasatan dalaman tak cukup, SPRM perlu tangani dakwaan KPN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker