Erra guna pendekatan Rasulullah didik anak


Kuala Lumpur: Anak pelakon popular, Erra Fazira, 47, iaitu Engku Aleesya Engku Emran teruja apabila usianya mencecah 12 tahun pada 30 Mac lalu kerana sudah boleh memiliki kad pengenalan.

Erra berkata, buat masa ini dia belum membawanya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk proses itu.

“Terpulanglah sama ada bapa dia akan bawa atau saya. Mengenali Aleesya, dia tak kisah siapa pun yang akan uruskan. Kalau saya lapang saya buat. Begitu juga jika bapanya lapang, dia akan buat. Dia sangat fleksibel dalam perkara ini dan amat memahami,” katanya.



Bagaimanapun, buat masa ini Erra tidak akan membenarkan Aleesya menyimpan sendiri kad pengenalan itu nanti, sebaliknya dia akan diberi salinannya saja atau faktor keselamatan.

“Aleesya teruja, tapi saya sebagai ibu tak bagi dia pegang kad pengenalan sebenar. Nanti dululah, saya akan bagi salinan kad pengenalan sahaja,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan Aleesya, Erra berkata, dia cuba mengamalkan pendekatan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak.

“Aleesya kini meningkat remaja dan pendekatan kita harus berbeza. Saya akui tiada pengalaman sebelum ini. Saya tengok proses pembesaran Aleesya, tengok cara dia berfikir serta pergaulannya dengan kawan-kawan dan apa yang dia minat.



“Semuanya sudah berubah. Jadi masa ini adalah masa mendidik. Kita berbalik kepada sunnah Rasulullah di mana usia tujuh tahun ke atas adalah masa untuk kita mendidik dia. Selepas itu kita mendekati dia sebagai kawan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Erra mengambil kesempatan berehat daripada sebarang aktiviti seni sepanjang Ramadan.

“Sepanjang Ramadan, 80 peratus kerja saya kurangkan kecuali mana-mana yang tak dapat dielakkan, saya buatlah. Tiap-tiap tahun memang saya buat begitu iaitu kurangkan aktiviti,” katanya ketika tampil mengadakan persembahan pada majlis Hi Tea D’Haja di sebuah hotel terkenal, di sini, baru-baru ini. HM

Erra nak kahwin, Aleesya kata ‘tak payah’



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker