Biodata Artis Erra Fazira



Sebaran :

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Artis Erra Fazira yang dikemaskini pada 30 Apr 2021. Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek lahir pada 27 September 1983. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia.Beliau ialah seorang peragawati, pelakon, penyanyi, pengacara, penerbit dan bekas ratu cantik Malaysia.

Erra memulakan kerjaya profesionalnya pada 1992 dengan menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan memenangi gelaran tersebut. Setelah itu beliau mula diintai ramai penerbit lebih-lebih lagi apabila wajahnya banyak muncul di pentas peragaan dan kaca televisyen. Pada tahun 1993, Erra dipilih untuk membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Sembilu di samping pelakon dan penyanyi popular Awie dan Ziana Zain. Tidak lama selepas penggambaran, Erra merakamkan album EP pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dan didahului dengan single sulungnya “Cinta Abadi” pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, beliau melancarkan kerjaya lakonannya dengan lakaran kejayaan apabila filem sulungnya itu mencatat kutipan pecah panggung, sejak itu beliau diberi jolokan sebagai “Primadona Filem Melayu Alaf Baru” sejak tahun 1994 hingga kini apabila deretan filem-filem lakonannya selepas itu turut mencatat kejayaan, suatu pencapaian yang sukar dicapai oleh mana-mana aktres tempatan selepasnya.

Erra telah muncul dalam beberapa filem terkenal termasuk Gerak Khas The Movie (2001), Janji Diana (2004), KL Menjerit 1 (2005), Cuci (2007) dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan pecah panggung keseluruhan filemnya sudahpun mencecah RM100 juta. Menerusi dua buah filem, Soal Hati (2000) dan Hingga Hujung Nyawa (2004) , Erra telah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia. Di dalam kerjaya muziknya, Erra telah menerbitkan sebanyak 6 album studio, 2 album EP serta beberapa album runut bunyi dan album himpunan. Sepanjang kerjayanya, Erra telah memenangi pelbagai anugerah di dalam kerjaya muzik, televisyen dan filem termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Skrin.



Dilahirkan pada 9 Februari 1974 di Sungai Choh, Rawang, Selangor kepada pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik.  Erra berketurunan Melayu yang berasal dari Bengkulu Sumatera dari sebelah bapanya manakala ibunya anak jati Selangor. Beliau merupakan seorang yang aktif di sekolah dan menyertai banyak persatuan seperti Pengakap, St. John Ambulans Malaysia, Kelab Kebudayaan, dan Kelab Bahasa Inggeris. Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili sekolah dalam acara sukan bola jaring. Erra sering bertukar sekolah disebabkan menghadapi perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Erra pernah bersekolah bersama pelakon Umie Aida di SMK Puteri Melawati, Kuala Lumpur. Erra Fazira juga pernah bercinta dengan Awie dari Kumpulan Wings.

Erra Fazira
Kelahiran
Fazira binti Wan Chek

9 Februari 1974 (umur 47)

Sungai Choh, Rawang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif 1992—kini
pro
Pasangan Yusry bin Abdul Halim (k. 2003; c. 2006)
Engku Emran Engku Zainal Abidin (k. 2007; c. 2014)
Anak Engku Aleesya
Ibu bapa
  • Wan Chek (bapa)
  • Azizah Zaik (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
  • Pop
  • R&B
  • Balada
Instrumen
  • Vokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia

 

Foto

 

Video

 

 

ERRA FAZIRA HORMATI KEHIDUPAN DUA BEKAS SUAMI


Sebaran :


Leave a Reply