ERRA FAZIRA HORMATI KEHIDUPAN DUA BEKAS SUAMI



Sebaran :

Penyanyi dan primadona filem tanah air, Erra Fazira, 46, memberi bayangan, dia tidak menolak untuk kahwin lagi sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang tepat.

“Saya mestilah okey sahaja kalau anak kata okey. Tapi kalau adalah jodohnya.

“Pernah sebelum ini saya usik Aleesya kalau saya nak kahwin lagi macam mana? Beberapa kali juga dia jawab tak payahlah.



“Saya harap dia cuma bergurau sajalah cakap begitu (tertawa),”katanya.

Bila di ajukan soalan tentang bekas suami, Erra menerangkan,  “Saya tiada masalah, malah tetap baik dengan bekas suami kerana saya seorang yang menghormati perjalanan kehidupan baru orang lain. Jadi saya tak ada campur sangat. Cumanya kalau ada berjumpa dan sebagainya, saya okey, baik dan boleh sahaja untuk bertegur sapa.

“Cumanya saya tiada berhubung selalu dengan mereka kerana saya hormat kehidupan orang lain,” itulah kata penyanyi, pelakon dan pengacara Erra Fazira yang memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan dua bekas suaminya, meskipun pernah melalui fasa penceraian sebanyak dua kali sebelum ini.



Malah masing-masing masih menjalinkan hubungan yang baik atas dasar profesionalisme dan komitmen kerjaya. Jelas Erra, dia pada masa sama turut menghormati dua bekas suaminya itu yang kini sudah memiliki kehidupan sendiri.

Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun telah berpisah pada tahun 2006.

Selepas itu, Erra mendirikan rumah tangga bersama dengan Engku Emran pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini sudah berusia 12 tahun. Bagaimanapun, rumah tangga Erra sekali lagi gagal apabila telah disahkan bercerai dengan Engku Emran pada tahun 2014.



Semoga ukhuwah saya dan Awie terus terpateri indah – Erra Fazira


Sebaran :


Leave a Reply