National Embarrassment : Mahathir Sanggup Tipu Siapa Sahaja Aniaya Siapa Sahaja

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT sudah tahu bahawa manusia bernama Mahathir Mohamad seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan diri dan keluarga beliau.

Selama ini rakyat Malaysia telah ditipu dengan tohmahan jahat yang beliau lontarkan kepada beberapa orang pemimpin hebat seperti Datuk Seri Najib dan lain-lain lagi. Mahathir dilihat sering menyerang tanpa meninggalkan bukti umpama baling batu sembunyi tangan.



Namun pendedahan kes Zeti dan suami beliau dikatakan bakal membongkar pembabitan Mahathir dalam rekayasa jahat terhadap Datuk Seri Najib. Oleh itu, semua agensi dikatakan telah beliau arah agar tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Zeti walaupun bukti nyata telah ada di depan mata.

Perkara ini mengundang kemarahan rakyat. Mereka melihat perkara ini sebagai “National Embarrassment” apabila penjenayah sebenar tidak didakwa tetapi individu yang berjuang semata-mata untuk rakyat seperti Datuk Seri Najib dianiaya dengan bukti-bukti rekayasa.

Pada 19 November, dalam kenyataan SPRM, baki RM65 juta daripada RM700 juta dibayar Jho Low telah disimpan oleh akaun milik suami bekas Gabenor, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah dikembalikan oleh Singapura kepada Malaysia. Menteri Undang-Undang mengatakan kes ini telah disiasat oleh pihak polis sejak 2019, namun sehingga kita statusnya tidak didedahkan . Penjenayah sebenar cuba dilindungi.

Kejahatan Mahathir bukan mitos. Kini DAP yang menjadi rakan sekutu beliau ketika Pilihan Raya ke-14 dalam Pakatan Harapan(PH) baru menyedari bahawa Mahathir sangat jahat dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri beliau. Rakyat diletakkan paling corot dalam hati dan fikiran Mahathir.



Memetik sumber, Adun Sungai Pelek dari DAP, Ronnie Liu berkata dia berharap perang mulut antara pemimpin parti itu, Tony Pua dengan Mahathir akan membuka mata ahli-ahli parti berkenaan.

Liu berkata terdapat segelintir individu dalam parti itu yang tetap ‘setia membuta tuli’ kepada Mahathir walaupun dia memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan kerana keenganannya menyerahkan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Mahathir dikatakan berjaya mendiamkan kepimpinan PH dengan menggunakan taktik dengan mengula-gulakan mereka. Pada masa yang sama, Mahathir juga dikatakan selalu mengugut untuk memecat menteri dan timbalan menteri untuk menutup mulut mereka.

Minggu lalu perang mulut tercetus antara Mahathir dan Pua yang juga ahli parlimen Damansara berhubung buku terbaru bekas perdana menteri itu bertajuk “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”.



Petikan dalam buku itu menceritakan perihal seorang pembantu yang didakwa angkuh dan berkelakuan seperti menteri semasa menjadi setiausaha politik kepada bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.

Mahathir juga mengatakan dia menerima aduan daripada kalangan ahli perniagaan mengenai keangkuhan Pua.

Kesimpulannya, kejahatan Mahathir tiada penghujungnya dan tidak terfikir oleh akal terutama dalam isu penganiayaan terhadap pemimpin-pemimpin yang beliau anggap sebagai ancaman terhadap kepentingan peribadi beliau.

Kes Zeti dikatakan satu permulaan penting untuk membongkar jenayah Mahathir. Oleh itu, semua agensi perlu segera bertindak terhadap Zeti kerana ini akhirnya akan mendedahkan penjenayah dan dalang sebenar 1MDB.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker