Jangan undi calon Bersatu guna logo Pas – Zaid

#PRU15

Jangan undi calon Bersatu guna logo Pas – Zaid

Penyokong Pas di Kelantan dan Terengganu diminta supaya tidak mengundi calon-calon Perikatan Nasional (PN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pemimpin UMNO, Datuk Zaid Ibrahim berkata, mereka juga seharusnya mendengar nasihat bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali agar para penyokong Pas mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN).



“Kalau Jeli pakai label Pas, tak gunalah kita undi dia. Apasal dia pakai silap mata ni?

“Kalau dia bukan Pas apasal dia nak bertanding bawah label Pas,” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Mohd. Khairuddin menggesa penyokong Pas khususnya di Terengganu mengundi BN pada PRU15 bagi menghalang Pakatan Harapan (PH) daripada berkuasa semula.

Pada 27 Oktober lalu, media melaporkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Bersatu akan bertanding menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu.



Sementara itu, Zaid memberitahu, penyokong BN khususnya di Kelantan seharusnya menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan untuk mewakili parti pada PRU15.

Beliau berharap mereka tidak terikut-ikut dengan sikap penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertelagah sesama sendiri kerana tidak berpuas hati dengan senarai calon yang diumumkan pucuk pimpinan.

“Calon yang dikemukakan oleh parti tu kita sokong sahajalah, jangan pertikai. Jangan jadi macam puak-puak PH dan Bersatu berkelahi sesama sendiri, ada yang letak jawatan,” jelasnya.

Zaid menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab memutuskan pemilihan calon parti itu menunjukkan tiada solidariti sesama mereka.



“Presiden dan Timbalan Presiden pun tak sebulu, calon pun bercelaru,” katanya. MG

Jangan undi calon Bersatu guna logo Pas – Zaid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?



Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker