Polis buru lelaki pijak, acu pisau, ugut bunuh dua anak


TAWAU: Rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.

Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook OrangKunak, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat menangis kesakitan dan ketakutan, malah suspek dipercayai turut merakam perbuatannya itu sendiri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Ulu Balung, Tawau, baru-baru ini.

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah rumah tangga dan baru bercerai dengan isterinya, melarikan kanak-kanak dianggarkan berusia antara dua hingga empat tahun itu daripada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian namun suspek sudah tiada di premis tersebut. Dia kini dipercayai bersembunyi dengan membawa dua anaknya itu,” katanya.

Belau berkata, polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada polis dengan segera.

Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa berhubung kes ini.

Bapa pukul anak ketika sesi pembelajaran dalam talian ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker