Keputusan PKP Sarawak akan diketahui hari ini – Uggah



Sebaran :


KUCHING: Keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lima daerah di Sarawak akan diketahui hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Itu respons ringkas beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, mengulas tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menarik semula kenyataan mengenai PKP yang akan dilaksanakan di Sarawak, petang Rabu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri terdahulu mengumumkan keputusan MKN mengenai tujuh kawasan di Kelantan dilaksanakan PKP selama 14 hari berkuat kuasa 16 hingga 29 April.



Selain itu, difahamkan, lima daerah di Sarawak melibatkan Kuching, Miri, Bintulu, Sibu dan Meradong juga dikenakan PKP untuk tempoh sama, namun kenyataan mengenainya ditarik semula.

Sarawak mencatatkan 489 kes positif baharu pada Rabu manakala 607 kes direkodkan pada Selasa.

Ia sekali gus menjadikan kes harian di Sarawak antara yang tertinggi di Malaysia.



Untuk rekod, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Sarawak kini sebanyak 21,448 kes dengan 133 kes kematian dilaporkan. Awani

Sarawak sasar semua penduduk terima vaksin menjelang Ogos 2021


Sebaran :


Leave a Reply