Sarawak sasar semua penduduk terima vaksin menjelang Ogos 2021


KUCHING: Sarawak mensasarkan untuk memberikan suntikan vaksin kepada seluruh penduduknya menjelang Ogos tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Sim Kui Hian, berkata kerajaan Sarawak sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi.

“Kami mahukan proses vaksinasi ini dipercepatkan kepada Ogos tahun ini, khususnya buat penduduk di negeri ini daripada menunggu sasaran untuk memberi suntikan sepenuhnya sehingga Februari 2022.

“Ini kerana kami percaya sekiranya 70% penduduk di Sarawak dapat diberikan suntikan, kes Covid-19 di Sarawak dapat dikawal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPN) Sarawak.



Katanya, usaha itu dipandang serius oleh kerajaan negeri kerana melihat kepada bekalan dan fasiliti yang tidak mencukupi terutama di pedalaman.

“Kalau dibandingkan dengan fasiliti yang ada di Semenanjung, mereka mempunyai banyak kemudahan dan hospital yang dapat menampung pesakit Covid-19.

“Contoh paling dekat dilihat adalah Sabah. Kes korban akibat Covid-19 sangat tinggi dan ini merisaukan kita di Sarawak, tambahnya. FMT

Pelajar universiti dijangka kembali ke kampus menjelang Mac



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker