Pelajar universiti dijangka kembali ke kampus menjelang Mac

Pelajar universiti boleh kembali ke kampus masing-masing menjelang Mac tahun depan jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempersetujui cadangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menterinya Noraini Ahmad berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada MKN terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

“Ia masih dalam perbincangan, KPT mencadangkan bulan Mac ini bagi permulaan semester, namun ia tidak boleh disahkan sehinggalah MKN bersetuju.

“Kami akan membentangkan cadangan ini kepada MKN dalam masa terdekat, apabila OK, baharulah diumum secara rasmi,” katanya, lapor akhbar Berita Harian hari ini.

Noraini berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan pihak kolej dan universiti dalam memperkukuhkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada membabitkan pelajar.

Tambahnya, antara SOP yang dicadangkan adalah pihak kolej perlu menyediakan ruang yang cukup untuk membolehkan pelajar mematuhi arahan penjarakan fizikal yang betul.

“Cadangan lain adalah kelas secara hibrid akan dilaksanakan untuk mengurangkan risiko,” kata Noraini.

Kelas hibrid menggabungkan pembelajaran secara bersemuka dengan beberapa aktiviti pengajaran dalam talian. FMT

KPT terus menjaga lebih 50 ribu mahasiswa di kampus walaupun sesi pendaftaran ditangguh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker