Walaupun menafikan, ICERD adalah usaha Saifuddin, PH tak pernah bincang – Fahmi

 

Tindakan bekas menteri luar Pakatan Harapan (PH) – yang kini menjadi sebahagian daripada kabinet Perikatan Nasional (PN) – menjarakkan dirinya daripada isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dikritik seorang ahli parlimen.

Menurut Fahmi Fadzil, semasa PH menjadi kerajaan gabungan itu tidak pernah membincangkan isu meratifikasi perjanjian tersebut sebaliknya usaha berkenaan diusahakan oleh Saifuddin Abdullah.



Untuk rekod Saifuddin sebelum ini merupakan salah seorang pemimpin kanan PH dan pernah bertugas sebagai ketua sekretariat gabungan berkenaan.

Memenangi kerusi parlimen Indera Mahkota selaku ahli PKR dan wakil PH dia kemudian dilantik menjadi menteri luar.

Semalam Saifuddin – kini menjadi menteri komunikasi dan multimedia – menjelaskan bahawa dia bukan menteri yang bertanggungjawab berhubung hal Icerd.

Kenyataan bekas pemimpin Umno itu dibuat sebagai menjawab dakwaan bekas menteri pengangkutan PH, Anthony Loke, menyatakan bahawa cadangan Malaysia meratifikasi Icerd datang daripada Saifuddin.



Mengkritik melalui ciapan di Twitter hari ini, Fahmi berkata, Saifuddin berjanji pada Julai 2018 untuk meratifikasi enam konvensyen hak asasi manusia yang belum ditandatangani Malaysia termasuk satu daripadanya ialah Icerd.

Memberi respons kepada kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai tersebut, Saifuddin berkata, dia berjanji demikian kerana ia merupakan manifesto PH dan menyifatkan ada menteri lain yang bertanggungjawab membawa isu berkenaan ke kabinet.

Fahmi kemudian membalas bahawa manisfesto PH tidak merujuk Icerd sebalikya hanya menyatakan perjanjian antarabangsa yang “sesuai” akan diratifikasi.

Sebab puasa, bodyguard kena pukul, ugut bunuh oleh majikan



 

Ketika dihubungi, anggota parlimen dari PKR itu menjelaskan lebih lanjut, agak mustahil Saifuddin tidak melihat ucapan perdana menteri pada ketika itu Dr Mahathir Mohamad di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sept 2018 yang berjanji akan meratifikasi semua perjanjian hak asasi manusia.

“Tidak mungkin ucapan Mahathir tidak diperiksa oleh Wisma Putra atau Saifuddin,” kata Fahmi kepada Malaysiakini.



Beri tanda sokongan

Tambahnya, hal-hal meratifikasi Icerd tidak pernah dibincangkan dalam PH menerusi mesyuarat sekreteriat dan majlis presiden. Malah, kata Fahmi, anggota parlimen PH turut terkejut berhubung perkara itu.

“Backbencher tidak dibawa berbincang hal itu, begitu juga dengan sekretariat PH.

“Kami tidak boleh memberikan pandangan sama ada mahu setuju atau tidak (berhubung Icerd) dan itu yang paling bermasalah,” katanya.



Sementara itu, semakan menunjukkan beberapa siri ciapan oleh Saifuddin sebelum ini turut menunjukkan tanda sokongan kuatnya kepada meratifikasi Icerd.

 

“Naratif mereka yang tak setuju ratifikasi Icerd ialah diskriminasi tak berlaku; hanya Melayu didiskriminasi; Perkara 153 akan hilang.

“Kalau baca laporan tentang diskriminasi yang berlaku dan faham bahawa 153 tetap akan kekal, maka mereka akan hilang punca penghujahannya,” ciap Saifuddin di Twitter pada 4 Nov 2018.



Untuk rekod Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menetapkan menjadi tanggungjawab raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera.

 

Semasa rancangan untuk meratifikasi Icerd dikemukakan dalam kerajaan PH dulu, ia mengundang kecaman daripada kumpulan pendesak Melayu serta parti politik seperti PAS yang memainkan sentimen ia akan mengancam hak kaum berkenaan.

Setelah menerima tekanan, PH pada 23 Nov 2018 akhirnya mengalah dan memutuskan untuk tidak meneruskan usaha meratifikasi perjanjian tersebut.

Ia adalah satu daripada dua perjanjian yang menyebabkan PH dikritik. Selain Icerd isu Statut Rom – Saifuddin sudah mengakui bertanggungjawab ke atasnya – juga menjadi hujah pembangkang kepada PH.

Ditanya berhubung pandangannya terhadap Icerd ketika kini, Fahmi berkata dia secara peribadi percaya Malaysia belum bersedia untuk konvensyen tersebut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker