Sebab puasa, bodyguard kena pukul, ugut bunuh oleh majikan

 

HANYA disebabkan berpuasa, dua lelaki yang bertugas sebagai pengawal peribadi dipukul sehingga cedera selain menerima ugutan bunuh.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata kejadian berlaku di sebuah kondominium, Jalan Pinang, ibu negara, semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan rakan sekerjanya bekerja di sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi (bodyguard) suspek yang berusia 43 tahun.

“Semasa berada di kondominium terbabit, suspek yang merupakan majikannya telah bertanyakan kepada mangsa adakah mereka berpuasa ketika hari kejadian dan setelah diberitahu berpuasa suspek bertindak memarahi dan menampar kepala mangsa.

“Selepas itu mangsa dan rakan sekerjanya telah mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam Klang, Selangor sebelum kedua mereka dipukul menggunakan rotan dan diacukan dengan pistol yang dirampas daripada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal memaklumkan, mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian belakang badan dan darah beku.

“Mangsa dan rakannya telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Sehubungan itu suspek telah ditahan oleh pihak polis bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Tukang masak maut 10 kali ditikam rakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker