Ribut petir dijangka melanda sembilan negeri petang ini


PETALING JAYA – Ribut petir dijangka melanda sembilan ibu negeri dan dua Wilayah Persekutuan petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dijangka melanda di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Shah Alam, Selangor; Melaka; Seremban, Negeri Sembilan dan Johor Bahru, Johor.

“Kuantan, Pahang; Alor Setar, Kedah; George Town, Pulau Pinang; Kangar, Perlis dan Kuching, Sarawak turut dijangka mengalami ribut petir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hujan akan turun di Ipoh, Perak; Kota Kinabalu, Sabah dan Labuan manakala tiada hujan diramalkan berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu.

“Fasa peralihan monsun bermula pada 16 Mac lalu dan berterusan sehingga pertengahan Mei hadapan.

“Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. Ia mungkin menghasilkan ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak,” katanya.

Ujarnya, keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

“Kepada peniaga dan pengunjung bazar ramadan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana dalam musim peralihan sekarang kemungkinan besar berlaku hujan atau ribut petir pada sebelah petang. K Online

3 Hari Suhu Maksimum 37°C Direkodkan, 7 Kawasan di Semenanjung Memasuki Tahap Kuning

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker