Dia paling gembira dengan kelahiran Nabi s.a.w. tetapi dialah yang paling tercela


Apabila seseorang itu sering kali diberikan ujian oleh Allah S.W.T. mereka merasakan diri mereka dipinggirkan dan menganggap Allah S.W.T. tidak adil terhadap mereka. Dari situ mereka menyalahkan Allah dengan segala yang berlaku kerana tidak meredai kehidupannya.

Dalam hal ini, bukan Allah itu zalim dan tidak meredai apa yang dilakukan. Semakin kuat ujian Allah kepada seseorang manusia, semakin Allah menyayangi mereka. Jika ada sesiapa yang menganggap Allah S.W.T. itu zalim terhadap mereka, itu sebenarnya tidak sepatutnya terjadi kerana apabila terdetik sekelumit perasaan begitu, ia mampu menggugurkan imam seseorang Muslim.

Ini kerana sifat zalim merupakan suatu sifat yang mazmumah yang tidak layak bagi Allah S.W.T. Apatah lagi sifat zalim sangat berlawanan dengan sifat adil yang dimiliki oleh Allah sebagaimana yang tercatat dalam 99 nama-nama Allah S.W.T.

Berbicara tentang keredaan Allah, tiada siapa yang mengetahui mengenai sesiapa yang akan masuk syurga dan siapa pula akan di tempatkan ke dalam neraka. Begitu juga dengan siapa yang akan diredai atau siapa yang dimurkai Allah S.W.T.

Namun, janji Allah terhadap mereka yang melakukan amal soleh pasti akan dibalas syurga. Firman Allah S.W.T.

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya” Surah Al-Baqarah: 82

Kisah si Abu Lahab

Kita imbas kembali kisah bapa saudara Rasullullah s.a.w iaitu Abu Lahab ketika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Dia merupakan orang paling gembira menyambut kelahiran Nabi s.a.w sehingga sanggup memerdekakan hambanya iaitu Suwaibah.

Bukan mudah untuk seseorang itu membebaskan hambanya. Apatah lagi Suawaibah diserahkan pula kepada ibu Nabi Muhammad s.a.w. Siti Aminah. Malah, Abu Lahab juga menumbangkan 100 ekor unta bagi menyambut kelahiran Rasulullah.

Itu kisah ketika Baginda dilahirkan. Namun segala-galanya berubah apabila Rasulullah s.a.w. mula menyebarkan dakwah setelah mendapat wahyu daripada Allah S.W.T. Ketika itu bermulalah sengketa Abu Lahab terhadap anak saudaranya itu.

Dalam usahanya menentang Rasulullah s.a.w. dia sanggup menawarkan ganjaran hebat sebanyak 100 ekor unta kepada sesiapa sahaja yang berjaya menangkap Nabi Muhammad sama ada hidup ataupun mati. Sampai ke tahap itu kebenciannya terhadap Baginda s.a.w.

Akibat sikapnya yang menentang perjuangan Rasulullah, Allah S.W.T. menurunkan surah khusus mencela kejahatan Abu Lahab iaitu surah al-Masad. Maksudnya,

“Binasakanlah kedua-dua belah tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.”


Abu Lahab dan Isterinya menjadi bahan bakar api neraka kerana kezaliman yang mereka lakukan

Jelas sekali tiada siapa yang mampu untuk menilai siapa yang akan mendapat keredaan Allah. Berdasarkan kisah Abu Lahab tersebut, walaupun dia merupakan orang paling gembira dan meraikan Nabi Muhammad, tetapi akibat mengingkari perintah Allah S.W.T. dan menentang Rasulullah s.a.w. akhirnya dia mati dalam keadaan yang sedih apabila Ummu al-Fald memukul kepalanya dengan kayu.

Akibat luka yang dialami olehnya, Abu Lahab diserang sejenis penyakit kulit yang berbahaya dan berjangkit sehinggakan semua orang lari daripadanya. Bahkan anak-anaknya juga meninggalkan Abu Lahab.

Sehingga beberapa hari tamat perang Badar, Abu Lahab mati dalam keadaan yang menyedihkan. Malah mayatnya juga dibiarkan di dalam rumah kerana tiada orang yang sanggup untuk menguruskannya sehingga mayat menjadi kembung dan busuk.

Begitulah kesudahan bagi orang yang membenci kekasih Allah. Utv

Logo capal di kepala langgar fitrah insani, kata mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker