Cabut lari selepas makan stik RM1,900

Cabut lari selepas makan stik RM1,900

Pemilik sebuah restoran makanan Itali di Swansea, Britain terpaksa berputih mata apabila sekumpulan pelanggan yang makan di premisnya melarikan diri tanpa membayar selepas menikmati pelbagai menu berharga £329 (RM1,949).

Akhbar The Sun UK melaporkan, keluarga yang terdiri daripada lapan orang itu memesan menu stik tulang-T, lebih 12 minuman ringan serta beberapa pemanis mulut ketika makan di Bella Ciao Italian.



“Mereka memesan makanan paling mahal yang ditawarkan.

“Isteri saya memberitahu bahawa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Mereka memesan makanan dengan banyak tetapi tidak menghabiskannya,” kata pengurus kedai, Tyrone Reese.

Tambah Reese, salah seorang wanita dalam keluarga itu cuba membayar menggunakan kad debit sebanyak dua kali, namun pembayaran ditolak.

“Dia kemudian memberitahu bahawa dia mahu mengambil kad yang lain dan meminta anak lelakinya menunggu di kaunter.



“Namun, selepas anak lelakinya menerima satu panggilan telefon, kanak-kanak itu tiba-tiba memecut lari meninggalkan premis begitu sahaja,” ujar Reese.

Selepas gagal menjejaki keluarga tersebut, Reese membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan kesemua pelanggan berkenaan sedang diburu. K Online

Cabut lari selepas makan stik RM1,900

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker