TH jamin tidak wujud ‘kabel’ potong giliran
TH jamin tidak wujud ‘kabel’ potong giliran
Tabung Haji (TH) memberi jaminan tidak wujud isu menggunakan ‘kabel’ (kuota orang kenamaan) atau memotong giliran untuk mempercepatkan giliran menunaikan haji.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata tindakan tidak baik itu juga seakan menidakkan hak orang yang telah disenaraikan untuk menunaikan haji.
“Tak elok kalau kita nak pergi haji sehingga terpaksa memotong nama orang yang sudah naik (disenaraikan). Apapun kita doa kalau dah sampai giliran akan pergi.
“Mengenai senarai menunggu, ia mempunyai kriteria tertentu yang menjadi keutamaan TH. Kalau tiada kuota tambahan ataupun semua yang disenaraikan itu tiada masalah dan layak untuk menunaikan haji, jadi tiada kejayaan kepada senarai menunggu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Parlimen Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah.
Marzuk yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa turut menasihatkan bakal jemaah haji dan juga umrah supaya mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa kerajaan Arab Saudi.
“Jemaah diminta patuh kepada SOP yang telah ditetapkan kerana ia melibatkan keperluan untuk mereka berdisiplin agar perjalanan menjadi lancar dan teratur.
“Malah, untuk menyediakan satu-satu SOP ia telah difikirkan dan dikaji secara teliti. Jadi sebarang pelanggaran kepada SOP akan menjejaskan dari sudut kelicinan perjalanan kepada urusan haji,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penjualan produk berunsurkan penawar dan sunnah yang semakin berleluasa di pasaran, Marzuk berkata peniaga dinasihatkan agar tidak mempromosikan produk dengan meletakkan tarikan termasuk unsur keagamaan yang boleh mencetuskan kekeliruan.
“Pengusaha kepada produk ini perlu benar-benar memahami apa yang dimaksudnya dengan sunnah adakah sama ada ia benar-benar seperti yang dimaksudkan atau sebaliknya. Pastikan produk yang hendak dijual bertepatan dengan tajuk yang dipromosikan.
“Sebagai contoh, ada produk bihun menggunakan lambang masjid namun ia tidak mempunyai sijil halal. Perkara-perkara sebegini boleh mengelirukan pengguna terumanya mereka beragama Islam,” katanya.
Beliau berkata daripada sudut kepenggunaan, orang ramai boleh merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan membuat laporan sekiranya ada sebarang peraturan yang disifatkan berunsur penipuan.
“Pegawai KPDNHEP ada di setiap kawasan Parlimen yang ditugaskan untuk menerima aduan berkaitan dengan kesalahan dari segi kepenggunaan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan kepada KPDNHEP untuk hal sebegini termasuk membuat pemantauan,” katanya.
FMT
TH jamin tidak wujud ‘kabel’ potong giliran
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.