[VIDEO] Kaum Cina perlu berhenti ‘tikam’ negara sendiri

Sebaran :

Kerajaan perlu fikir langkah serius pupuk semangat patriotisme Cina

Masyarakat Cina perlu berhenti daripada terus ‘menikam’ negara sendiri dengan memberi kepercayaan kepada negara luar.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, kesetiaan masyarakat Cina di negara ini sebaliknya perlu diberikan kepada Malaysia.

“Masyarakat Cina di Malaysia perlu berhati-hati bila membaca berita tentang Malaysia yang dikeluarkan oleh agensi berita atau pengamal media sosial China, Taiwan dan seumpamanya,” katanya seperti dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Fauzi berkata, kerajaan perlu memikirkan langkah serius bagi memupuk semangat patriotisme masyarakat Cina kepada negara.



Sarannya, antara langkah awal yang penting untuk dilakukan termasuk menghapuskan sekolah vernakular, menyeragamkan aliran persekolahan kepada hanya satu aliran, memperkasakan bahasa Melayu serta memelihara naratif sejarah negara yang betul.

“Apa yang berlaku sekarang adalah kecuaian banyak pihak termasuk kerajaan yang ada kalanya melonggarkan banyak polisi berkaitan semangat kenegaraan bangsa selain Melayu,” katanya.

Baru-baru ini, tular video di laman TikTok dan Facebook dari China yang mendakwa, orang Cina Malaysia dilayan sebagai penduduk kelas kedua.

Video bertarikh 7 Jun 2020 itu memaparkan pengulas wanita dipercayai Zhao Ling Min mendakwa, kaum Cina di negara ini memikul tanggungjawab dan mempunyai hak sangat sedikit serta selalu dalam ketakutan.



Ling Ming merupakan individu kontroversi serta pernah dikenakan tindakan oleh kerajaan China.

“Tindakan melindungi hak Melayu di Malaysia dari satu aspek mengundang kemarahan dari aspek lain sangat kelakar.

“Sebab negara lain melindungi etnik minoritinya sedangkan Malaysia melindungi etnik majoritinya,” dakwanya.

Video Player (Klik Video Dibawah)

00:00

Sebaran :

Leave a Reply