MP PKR: ‘Sorry Not For Sale’, Bimbang ‘diperangkap’ untuk paksa sokong PN

Seorang daripada ahli parlimen PKR menceritakan bagaimana dia dihubungi seorang lelaki yang cuba ‘membeli’ sokongannya agar mendukung Perikatan Nasional.

M Karupaiya yang memenangi kerusi parlimen Padang Serai pada PRU lalu berkata, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Azhar menghubunginya pada petang Ahad lalu.

Kata Karupaiya (gambar atas) lelaki terbabit – yang tidak dapat dipastikan sama ada menggunakan nama sebenar atau menyamar – membuat tawaran lumayan agar berpaling tadah.

Walaupun dipujuk, Karupaiya yang baru kali pertama menjadi ahli parlimen itu bagaimanapun kini berdepan dilema. Dia bimbang akan menjadi sasaran ‘perangkap’ untuk memaksanya mengalih sokongan.

Pada masa sama Karupaiya memaklumkan tawaran tersebut kepada kepimpinan PKR kerana bimbang masih ada cubaan dibuat untuk membeli sokongannya.

“Sebab saya takut apabila saya tolak tawaran itu, mereka mungkin cuba lagi esok. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Siapa tahu, kan?

“Sekarang macam-macam boleh berlaku. Saya takut esok (ada) orang letak satu beg (duit) dalam kereta saya, lepas tu ada orang datang tangkap saya, mana tahu?

“Kemudian mereka ugut saya. Hal ini boleh berlaku, sebab sekarang (ada) orang nak ahli parlimen sokong PN, macam-macam mereka boleh buat,”

Rina Harun tercorot di poll siapa pemimpin wanita pilihan anda?

 

Ajak MP ‘bergabung’

Karupaiya adalah seorang daripada empat ahli parlimen PKR yang dinamakan Anwar Ibrahim sebagai sasaran pihak tertentu untuk dipujuk memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yassin.

Tiga lagi ahli parlimen PKR yang disebut Anwar ialah S Kesavan (Sungai Siput), Awang Husaini Sahar (Putatan) dan Michael Teo (Miri).

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu sedang berdepan isu jumlah sokongan ahli parlimen di Dewan Rakyat selepas beberapa pemimpin Umno menarik balik dukungan mereka.

Ia berlaku ketika pelbagai pihak mendesak agar Muhyiddin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan sidang parlimen. Agong sendiri berpendapat sidang itu boleh diadakan walaupun darurat masih berkuat kuasa.

Setakat ini belum ada sebarang tanda menunjukkan kerajaan akan memberikan nasihat kepada Agong untuk mengadakan sidang parlimen.

Karupaiya berkata beberapa hari sebelum itu ‘Azhar’ menghubunginya buat kali pertama dengan mencadangkan agar dia “bergabung” namun mesej itu tidak dinyatakan dengan jelas.

Pada Ahad pula katanya lelaki terbabit secara terbuka meminta dia memberikan sokongan kepada Muhyiddin selaku perdana menteri sambil menjanjikan peruntukan yang besar jika ia dipersetujui.

Karupaiya juga dijanjikan untuk mendapat pelbagai projek kerajaan.

BN tubuh pasukan khas jadi semak dan imbang kerajaan

“Saya cuma beritahu dia, saya tak ada cadangan nak melompat ke sana sini walaupun saya tak ada duit, tak ada peruntukan, sebab saya selesa dengan rakyat.

“Rakyat juga hormat kepada saya kerana saya tak melompat, ada prinsip walaupun ditawarkan duit berjuta-juta,” katanya.

Menurut Karupaiya, ‘Azhar’ itu memberitahu apa yang perlu dilakukan hanyalah pergi berjumpa Muhyiddin untuk menurunkan tandatangan sokongan.

“Saya kata kepada dia, saya tak mahu apa-apa. Saya setia kepada parti saya. Tolong kirim salam dengan Muhyiddin,” katanya.

Karupaiya juga berkata, di sebalik kemewahan yang boleh diperolehi melalui wang berjuta-juta ringgit, namun ada satu perkataan yang boleh membuat dia gembira, iaitu dihormat orang ramai.

 

Awang Husaini pula berkata, pujukan ke atasnya berlaku lebih awal daripada Karupaiya.

Kata Awang Husaini dia didatangi tawaran untuk berpaling tadah berlaku sejak Sabah bersiap sedia mengadakan pilihan raya negeri tahun lalu.

Secara keseluruhan, katanya, hampir 10 kali dia dihubungi ‘ejen’ berbeza-beza yang cuba mengajak berjumpa dan berbincang agar dia menyertai PN namun ditolak.

Bertanggungjawab pertahan kerajaan sah

Awang Husain mendakwa individu berkenaan juga menjanjikan ‘habuan’ jika bersetuju memberikan sokongan tersebut namun hal itu tidak diperincikan selepas dia memutuskan perbualan berkenaan.

Ditanya jika ada tekanan atau ugutan diterima daripada agensi kerajaan – seperti didakwa berlaku ke atas Ahli Parlimen Kuala Langat Dr A Xavier Jayakumar, Awang Husaini mengakui ia tidak berlaku.

“Tak ada, sebab mungkin saya ni bukan orang kaya,” katanya.

Menurut Awang Husaini lagi, dia menolak tawaran itu kerana enggan mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepadanya pada PRU ke-14 lalu.

“Pakatan Harapan jatuh bukan kerana pilihan raya tetapi sebab Langkah Sheraton yang tidak disukai rakyat. Mereka mengkhianati rakyat. Saya tak mahu khianati rakyat.

“Kalau nanti mereka mahu menghukum saya pada pilihan raya akan datang, itu cerita lain, tapi sekarang saya tetap menghormati mandat rakyat,” katanya.

Sebab kedua, kata Awang Husaini, dia yakin kerajaan PN adalah kerajaan ‘pintu belakang’

“Sebagai ahli parlimen saya mesti mempertahankan perlembagaan, saya bertanggungjawan mempertahankan kerajaan yang sah,” katanya.

Sementara itu cubaan Malaysiakini menghubungi Teo dan Kesavan tidak berjaya.

Teo menjawab panggilan Malaysiakini dan berkata dia akan membuat kenyataan kemudian, manakala Kesavan enggan bercakap mengenai isu tersebut.

Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini nafi akan keluar PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker