[VIDEO] DurianKimchi: ‘Abang Dah Jadi Ayah, Kenapa Tak Menangis?’ – Maryam Beritahu Hamil, Suami ‘BLUR’ Nak Percaya Ke Tak

Sebelum ini, viral mengenai reaksi ‘terkejut’ personaliti media sosial, Maryam You Narae selepas pelakon veteran, Fauziah Nawi menegur mengenai bentuk tubuhnya seperti sedang berbadan dua dalam sebuah program.

Terbaru, Maryam mendedahkan dia dan suami bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi. Menerusi video yang dimuatnaik, Maryam membuat kejutan khas buat suaminya, Ryzal. Bukan main happy lagi, tahniah korang!

Hamil 3 bulan



Menurut Maryam, dia kini sedang hamil 3 bulan. Tambahnya, berita kehamilan ini merupakan anugerah yang paling berharga dalam hidup mereka setelah dua tahun menanti. Jelasnya lagi, dia akan memberitahu dari masa ke semasa mengenai kandungannya kepada para peminat.

VIDEO DIBAWAH:-

Menerusi video berdurasi 5:21 saat, Ryzal kelihatan tidak percaya sebaik sahaja isterinya itu memberitahu berita gembira tersebut.



Menurut Ryzal, Maryam seorang yang pandai bergurau dan hal tersebut menyebabkan dia tidak pasti sama ada isterinya itu benar-benar hamil ataupun tidak.

Di akhir video tersebut, Ryzal kelihatan ingin mengalirkan air mata dan gembira kerana mereka bakal dikurniakan zuriat tidak lama lagi.-OB

Sumber: Duriankimchi



[VIDEO] AC Mizal Kongsi Video Cikgu Maryam Ajar Lagu Bahasa Korea, 🤣🤣 Buat Netizen Terhibur..Lisa & Doktor Join Sekaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker