“Hati Saya Ibarat Dipanah Petir”.. Anak Kau Dah Kahwin Kau Tak Tau? – Cef Wan Tak Tahu Serina Dah Menikah?

Cef selebriti terkenal, Cef Wan kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya, hari ini.

Cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, dalam satu hantaran di Instagram berkata, Serina memang ada beritahu mahu melangsungkan pernikahan sebelum Ramadan, namun rupa-rupanya dia sudah bernikah di Thailand.

Cef Wan berkata, dia mendapat gambar itu daripada kakaknya yang bertanya sama ada dia tahu atau tidak Serina sudah berkahwin.



“Dia umumkan dalam IG (Instagram). Saya sangat terkejut. Dua minggu lalu, dia (Serina) berkeras nak menikah juga sebelum puasa. Dia juga kata sudah bernikah di Thailand. Hati saya ibarat dipanah petir ketika itu.

Menurut Cef Wan, dia tidak terkejut pun diketepikan sebegitu oleh Serina. Namun, sebagai bapa, dia semestinya sangat terkilan dengan tindakan anaknya itu.

“Saya tak melarang pun dia nak menikah. Pergi nikah di Siam (Thailand) sudah lama itu baru bagi tahu bapanya, awak fikir bagus budi bahasa anak jenis begini?



“Rina, suka hati kamulah. Kamu pun sudah tua masing-masing tahu dan bertanggungjawab dengan apa yang kamu lakukan ini semua terutama tanpa pengetahuan saya,” katanya.

Walaupun rasa terluka, Cef Wan tetap mendoakan kebahagiaan perkahwinan anaknya itu.

“Pada tahap ini, saya pasti mana-mana ibu bapa akan berkongsi perasaan sebagaimana apa yang saya alami sekarang. Kita doakan terbaik untuk pernikahan mereka ini sudahlah,” katanya.



Difahamkan Serina sudah bernikah dengan seorang pegawai polis di Padang Besar, Thailand di antara Disember tahun lalu dan Januari lalu.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Serina bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej dan menjawab panggilan telefon.

Terdahulu, Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya dikenali sebagai Aidid, hari ini.

Majlis pernikahannya itu dibuat secara tertutup dan bersyukur akhirnya dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buatnya.



Chef Wan ‘trauma’ Serina beritahu nak kahwin lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker