Ambulans bawa pesakit disyaki positif Covid-19 terbalik

ALOR SETAR: Sebuah ambulans terbalik selepas terlibat kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di persimpangan lampu isyarat berhampiran Plaza Tol Alor Setar Utara, Jalan Langgar di sini hari ini.

Difahamkan, ambulans tersebut dinaiki lima individu termasuk petugas kesihatan Kementerian Kesihatan dan seorang pesakit disyaki positif Covid-19.

Mangsa yang mengalami kecederaan ringan ialah petugas kesihatan serta pemandu dan penumpang Proton Exora.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.55 petang sebelum tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar diarahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah ambulans Kementerian Kesihatan dan MPV jenis Proton Exora,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelas beliau, pemandu dan penumpang Proton Exora yang cedera ringan selepas mengadu sakit pada dada dan bahu diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.

“Pasukan Kementerian Kesihatan di dalam ambulans hanya mengalami cedera ringan,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker