Filem Godzilla vs Kong catat kutipan besar di musim pandemik

Filem Godzilla vs Kong berjaya mencatatkan kutipan sebanyak AS$48.5 juta (RM200 juta) dalam tempoh lima hari pertama tayangannya. (Gambar AP)

Nampaknya filem Godzilla vs Kong berjaya mengharungi musim pandemik Covid-19 dengan kutipan besar sebanyak AS$32 juta (RM132 juta) sepanjang tayangannya minggu lalu.

Filem tersebut turut mencatatkan kutipan sebanyak AS$48.5 juta (RM200 juta) dalam tempoh lima hari pertama tayangannya sekali gus memberi harapan kepada Hollywood bahawa orang ramai sudah bersedia kembali ke pawagam.

Sebelum itu, Wonder Woman 1984 turut menunjukkan pencapaian memberangsangkan sepanjang tiga hari tayangannya dengan kutipan AS$ 16.7 juta (RM69 juta) diikuti dengan filem Tom and Jerry sebanyak AS$ 14 juta (RM58 juta).

Kejayaan filem Godzilla vs Kong dianggap menakjubkan terutama apabila filem itu boleh ditonton oleh pelanggan HBO Max tanpa caj extra.



David. A Gross yang mengendalikan sebuah firma perunding filem, Franchise Entertainment Research berkata, jualan tiket pada tayangan pembukaan itu adalah kukuh biarpun dalam keadaan sukar.

Selain Lisa Blackpink, 4 Bintang Korea Ini Pernah Menjadi Mangsa Gangguan Seksual

Lebih 50 peratus pawagam di negara itu kembali beroperasi namun kebanyakan di New York dan Los Angeles terpaksa menghadkan kapasiti penonton untuk memenuhi protokol keselamatan akibat pandemik.



“Walaupun ia adalah separuh daripada keadaan biasa namun tayangan hujung minggu itu adalah petunjuk positif bahawa aktiviti menonton wayang masih kuat di kalangan orang ramai,” katanya.

Selain Godzilla vs Kong, filem seram keluaran Sony Pictures, The Unholly berjaya meraih AS$ 3.2 juta (RM13 juta) daripada 1,850 lokasi tayangannya iaitu satu permulaan baik untuk filem bajet rendah.

Ia menewaskan filem thriller aksi, ‘Nobody’ lakonan Bob Odenkirk dengan meraih kutipan sebanyak AS$ 3 juta (RM12 juta) dalam minggu kedua tayangannya.

Di tangga keempat ialah filem Disney, Raya and the Last Dragon yang berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$2 juta (RM8 juta) menerusi 2,031 lokasi tayangannya.



Manakala filem Tom and Jerry mengutip sebanyak AS$1.5 juta (RM6 juta) dalam minggu keenam tayangannya dan sehingga kini meraih AS$39.5 (RM163 juta) di Amerika Syarikat.

Setelah bercerai, Nadia Brian minta jangan tanya lagi hal rumah tangga



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker