Bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United dipenjarakan

Bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United dipenjarakan

Bekas pemilik Kelab Kuantan FA serta Marcerra United yang bergelar Datuk Seri menjadi individu pertama dalam sejarah Liga Malaysia (Liga M) ‘dihumban’ ke penjara selepas gagal melunaskan baki tunggakan kepada bekas pemain pasukan itu sekali gus dikenakan hukuman selama tujuh hari di Penjara Sungai Buloh.

Peguam bela yang mewakili 47 pegawai dan pemain pasukan berkenaan, Suhail Rahimi Abdul Razak berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan arahan untuk Datuk Seri itu menyelesaikan jumlah baki RM1.5j yang dipersetujui daripada jumlah keseluruhan RM3 juta pada 29 Januari bulan lalu.



Namun, mahkamah memberi ‘masa tambahan’ sehingga 9 Februari lalu tetapi individu berkenaan gagal menyelesaikannya. Disebabkan itu, pihak mahkamah sudah mengeluarkan satu waran tangkap kepada Datuk Seri berkuat kuasa pagi ini, 13 Januari.

Jelasnya, ini adalah kes saman sivil yang pertama dalam sejarah bola sepak di Malaysia yang membabitkan pemilik kelab yang culas membayar gaji kepada pemain mereka.

“Memandangkan terdapat cadangan penyelesaian sebelum ini dan terdapat proses-proses pembayaran pada tahun 2023 dan hasil perbincangan lanjut, jumlah baki akhir yang wajib diselesaikan oleh defendan menjadi RM1.5 juta.

“Pihak peguam telah berhubung dengan pihak defendan (bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra FA) sehingga 5.00 petang, 9 Februari lalu dan dukacita dimaklumkan masih belum ada bayaran.



“Peguam menghantar satu surat kepada mahkamah untuk perintah tangkapan yang diberikan oleh mahkamah pada 29 Januari 2024 lalu diteruskan dan pagi ini mahkamah mungkin sudah keluarkan perintah tangkapan tersebut kepada balai berkenaan untuk proses perlaksanaan.

“Selepas hukuman dijalankan, kami akan teruskan dengan tindakan pelaksanaan yang lain seperti istiharkan bankrap, sita harta miliknya dan sebagainya. Itu bergantung kepada pemain selepas dia keluar penjara nanti. Kes ini tidak akan berhenti di sini,” katanya dalam sidang media di Shah Alam, hari ini.

Tambahnya, kes ini bukan sesuatu yang mudah kerana ia mengambil masa hampir dua tahun untuk para pemain mendapatkan hak mereka meskipun individu berkenaan sudah melakukan bayaran sedikit demi sedikit dari jumlah secara keseluruhannya.

Walau bagaimana pun, Datuk Seri itu boleh dilepaskan dari hukuman penjara sekiranya dia berjaya melakukan bayaran penuh.



“Dia (pemilik kelab) itu boleh dikeluarkan dari penjara jika ada bayaran penuh. Contohnya, hari kedua di penjara, dia melakukan bayaran penuh RM 1.5 juta, maka dibebaskan serta-merta. Syarat dia mesti bayaran penuh dan tak boleh kurang dari jumlah itu.

“Untuk kes ini, dalam tahun pertama 2022 sehingga 2023, banyak perbincangan berlaku dan apa yang kita peroleh sekitar RM 500,000 sahaja. Yang mana jumlah tunggakan pada ketika itu adalah RM 3 juta ringgit.

“Di dalam saman sivil, kita ada satu proses iaitu proses pelaksanaan iaitu saman komital yang mana kita boleh penjarakan defenden di atas penghinaan kepada perintah mahkamah yang melampau tetapi proses penjara ini perlu ikut fakta kes tertentu,” katanya.

Terdahulu, menerusi laporan eksklusif akhbar ini sejak 2022, seorang bekas pemilik kelab Kuantan FA dan Marcerra United bergelar Datuk Seri berdepan risiko dipenjarakan selepas didakwa dengan sengaja ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gaji berjumlah lebih RM6 juta membabitkan 47 individu terdiri daripada bekas pemain dan pegawai pasukan Kuantan FA dan Marcerra United.



Berdasarkan fakta kes, bekas pemain Kuantan FA menuntut sejumlah RM3 juta, manakala bekas pegawai pula sebanyak RM1.2 juta yang sangkut sejak 2018 lalu. Tuntutan sama juga turut dibuat bekas pemain dan pegawai Marcerra United dengan anggaran keseluruhan RM2 juta, untuk menjadikan nilai keseluruhan lebih RM6 juta yang perlu diselesaikan pengurusan kelab terbabit berdasarkan jumlah penuh kontrak yang terlibat. HM

Bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United dipenjarakan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker