MT UMNO sifatkan ‘Perbualan bocor Zahid, Anwar konspirasi tahap tertinggi

 

Pemimpin Umno Puad Zarkashi mempersoalkan jika penyebaran rakaman video yang didakwa antara Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim baru-baru ini, sebagai “konspirasi di peringkat tertinggi”.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, ini kerana butiran rakaman itu cukup jelas dan berkualiti tinggi.



“Tulen atau tidak sudah tentu rakaman itu bermotif politik apabila ia ditularkan. Darurat sepatutnya untuk kurangkan politiking tetapi rupanya semakin bermaharajalela.

“Apakah ini konspirasi at the highest level? Ini bukan kerja calang-calang,” katanya di Facebook hari ini.

Rakaman itu didakwa perbualan antara presiden Umno dan PKR untuk menjejaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN). dan telah beredar dalam lingkaran Umno.

Dalam perbualan kira-kira empat minit itu, suara yang didakwa sebagai Zahid dan Anwar kedengaran berpuas hati dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) hujung bulan lalu.



PAU antara lain memuktamadkan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu serta memberi mandat kepada presiden dan Majlis Tertinggi untuk menentukan masa menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Audio Presiden UMNO ‘Berkomplot’ Dengan Anwar Bocor, Zahid Buat Laporan Polis

Selain itu, suara yang didakwa Zahid berkata apa yang diucapkan ketika PAU hanya bersifat taktikal. Ia dipercayai merujuk kepada kenyataan tiadanya kerjasama dengan Anwar dan DAP.



Suara didakwa Anwar pula berkata lebih baik jika menteri daripada Umno, walaupun seorang, yang menggunakan PAU sebagai sebab untuk meletakkan jawatan, untuk membina momentum.

Bagaimanapun dia berkata tiada yang berani berbuat demikian.

Dalam kenyataan hari ini, Zahid menafikan rakaman perbualan tersebut dan telah mengarahkan agar laporan polis dibuat.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini,” katanya.



 

Nazri mahu Zahid berundur dan cadang Mat Hasan ambil alih kepimpinan Umno



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker