Nazri mahu Zahid berundur dan cadang Mat Hasan ambil alih kepimpinan Umno



Sebaran :

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz menjadi tokoh baru Umno yang secara terbuka menggesa penyingkiran Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.

Selain penentangan sejumlah pemimpin parti, satu rakaman audio menunjukkan perbincangan antara Zahid dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjejaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut tersebar di media sosial.

Ketulenan rakaman itu belum disahkan tetapi ia telah beredar dalam lingkaran Umno, membayangkan pertembungan dalam Umno kini kian sengit.

Menurut laporan Free Malaysia Today hari ini, Nazri memberi peringatan yang peluang BN untuk menang dalam PRU15 amat tipis jika Zahid kekal sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Dia membangkitkan apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC minggu lalu sebgai contoh Zahid tidak lagi dihormati oleh parti komponen BN.

“Komponen BN nampaknya tidak menghormatinya (Zahid). Lihat sahaja AGM MIC hujung minggu lalu di mana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijemput untuk menyampaikan ucapan kepada para perwakilan.

“Sekiranya presiden Umno dan pengerusi BN kuat, tidak ada parti komponen yang berfikir untuk mengundang orang luar. Ini sangat memalukan,” katanya seperti dipetik.

Setelah memuktamadkan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu, Umno dijangka bakal bertembung dengan parti serpihannya itu pada PRU akan datang.

Zahid akan dipuji oleh ahli UMNO jika berundur dan memberi ruang – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor

Bagaimanapun terdapat pemimpin dalam Umno yang berpendirian parti itu perlu kekal bekerjasama dengan Bersatu dan PN.

Nazri yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin pada Januari lalu mencadangkan Timbalan Presiden Mohamad Hasan mengambil alih kepimpinan daripada Zahid yang kini berdepan 47 pertuduhan di mahkamah.

“Selagi dia ada, Umno tidak akan dilihat sebagai parti yang bersih kerana perbicaraannya.

“Sekiranya Zahid berundur, ia tidak akan menimbulkan masalah mengenai siapa yang harus memimpin parti kerana kita (Umno) hanya mengikut hierarki. Tok Mat (Mohamad Hasan) ambil alih,” katanya lagi.

Dia menyuarkaan keyakinan Mohamad mampu mengetuai Umno dan berharap bekas menteri besar Negeri Sembilan itu akan melakukan reformasi dalam parti itu.

Semalam, Ketua Umno Simpang Renggam Zakariah Dullah turut menggesa Zahid berundur.

Pada masa sama, timbul bantahan terhadap rancangan menangguhkan pemilihan Umno kepada tahun depan. Penangguhan itu akan membenarkan Zahid kekal sebagai presiden.

Menurut Perlembagaan Umno, pemilihan parti boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan.

Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid, Berdolak-dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti – Nazri Aziz

 

‘Lebih mudah jika Zahid berundur’

Dalam pada itu, Naib Ketua Umno Simpang Renggam Onn Hafiz berkata banyak pihak yang merasakan Umno akan kalah pada PRU15 jika Zahid terus menjadi presiden.

“Desakan untuk pemilihan dilakukan segera adalah kerana ramai pemimpin berpandangan bahawa UMNO akan kalah jika Presiden memimpin kita ke medan perang PRU15.

“Bukankah lebih mudah jika presiden berundur untuk selamatkan parti?” soalnya dalam kenyataan.

Katanya, amat penting untuk Umno menyelesaikan persoalan ini serta menunjukkan parti itu sudah mengambil pengajaran daripada PRU lalu.

Katanya, pengundi akan membuat pilihan berdasarkan apa yang ditawarkan Umno, termasuk calon perdana menteri.

“Tanya sahaja kepada mereka yang terdekat dengan kita…sama ada presiden UMNO sesuai ditawarkan sebagai calon perdana menteri,” katanya lagi.

Ahli perlu tahu kerjasama gelap yang dijalin bersama ‘Anwar’ akan menenggelamkan bahtera UMNO


Sebaran :


Leave a Reply