Audio Presiden UMNO ‘Berkomplot’ Dengan Anwar Bocor, Zahid Buat Laporan Polis

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar.

Katanya, dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan.

“Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.

“[…] Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang scheme of thing ini,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Polis siasat dakwaan fitnah borak lucah terhadap ulama PAS

Ketulenan video yang dikatakan telah pun beredar dalam lingkungan Umno itu.

Portal ini juga sedang cuba mendapatkan reaksi pihak Anwar.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker