Skuad badminton lelaki ke separuh akhir, wanita terkandas
SUKAN SEA | Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan tuan rumah, Vietnam, 3-1, sekali gus layak ke separuh akhir acara badminton berpasukan lelaki pada temasya ke-31 di Gimnasium Bac Giang, Janoi malam tadi.
Pasukan muda negara ketinggalan selepas pemain berpengalaman Vietnam Nguyen Tien Minh menewaskan Jacky Kok Jing Hong 21-14, 24-26, 21-7 dalam perseorangan lelaki.
Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila beregu pertama Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengetepikan cabaran gandingan Do Tuan Duc-Pham Hong Nam 21-8, 20-22, 21-18.
Lee Shun Yang pula menewaskan Le Duc Phat 21-19, 27-25 dalam perseorangan kedua, sebelum beregu kedua negara Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri mengesahkan slot Malaysia ke separuh akhir dengan kemenangan ke atas Nguyen Dinh Hoang-Tran Dinh Manh 15-21, 21-12, 22-20.
Malaysia akan berdepan Singapura di peringkat separuh akhir petang ini. Singapura mara dalam kelompok empat pasukan terbaik itu selepas mengalahkan Laos 3-0.
Sementara itu, cabaran skuad wanita muda negara terkandas di peringkat suku akhir apabila tewas mengejut 1-3 kepada Vietnam.
Perseorangan pertama Siti Nurshuhaini Azman tewas 9-21, 8-21 kepada Nguyen Thuy Linh, sebelum Vu Thi Trang meletakkan tuan rumah di kedudukan 2-0 apabila mengalahkan Siti Zulaikha Azmi 21-9, 21-7.
Beregu pertama negara Go Pei Kee-Yap Ling kemudian berjaya merapatkan kedudukan selepas menewaskan Dinh Thi Phuong Hong-Do Thi Hoai 12-21, 21-15, 21-16.
Namun perseorangan ketiga negara Ong Xin Yee gagal mengawal tekanan dan tumpas 13-21, 15-21 kepada Vu Thi Anh Thu sekali gus menamatkan cabaran Malaysia dalam acara berpasukan.
– Bernama
Skuad badminton lelaki ke separuh akhir, wanita terkandas
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.