Pas ajak kumpulan Islam sertai PN, dah ajak Amanah ke?


Pas mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

Selain itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, jemputan itu termasuk juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.

Katanya, parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional (MN) yang asal.

“Matlamat untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat.

“Pas menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

“Pas menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sepakat untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kedua-dua parti itu menegaskan, mereka juga menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15 terutamanya melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

Nota : Kita berharap agar Hadi Awang benar-benar “walk the talk” dan tidak bermain politik semata-mata. Tunjukkanlah kepada rakyat yang Pas benar-benar mahu penyatuan ummah dengan menghulur tangan penyatuan dengan parti Amanah.

PH Perak ajak Umno Perak bersama mereka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker