Lelaki bersenjatakan pisau ditahan di Masjidilharam


ANGGOTA keselamatan Arab Saudi mengawal perkarangan Masjidilharam di Mekah.

ANGGOTA keselamatan Arab Saudi berjaya menahan seorang lelaki selepas dia membawa sebilah pisau di Masjidilharam, Mekah, Selasa lalu.

Insiden yang dilaporkan oleh portal Saudi Gazette dan Arab News itu berlaku pada petang 30 Mac.

Seorang jurucakap polis Mekah berkata, lelaki itu dikesan semasa dia melaungkan sokongannya kepada kumpulan-kumpulan dan pertubuhan-pertubuhan pengganas selepas waktu solat Asar ditingkat satu masjid tersebut.

“Lelaki itu segera ditangkap dan langkah-langkah perundangan sudah diambil ke atasnya,” menurut jurucakap itu seperti yang dipetik oleh Saudi Gazette.

MAKKAH — The Haram Security Forces arrested a man carrying a knife, at the Grand Mosque in Makkah on Tuesday afternoon. The spokesman of Makkah region police said that the man was spotted chanting expressions in support of terrorist groups and organizations after Asr prayers on the first floor of the holy mosque.

“The man was apprehended immediately and legal measures have been taken against him,” the spokesman said.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker